LATAR BELAKANG SYARIKAT
Anjung Serai Catering dimiliki dan diuruskan oleh EN HAIRUL ZANI BIN RAHMAD, dasaskan pada 2000 , Anjung Serai Catering berkembang maju dari perniagaan penyediaan makanan hinggalah ke perkhidmatan katering yang serba lengkap.
Anjung Serai mengemaskinikan urusan syarikat dan memajukan lagi perkhidmatan katering. Penubuhan ini menggabungkan kepakaran dan pengalaman luas PUAN SITI MURNI BT. MD. ALI, FARISH, dan ZULKEFLY BIN ABDUL, sekaligus memantapkan perkhidmatan katering yang ditawarkan oleh Anjung Serai Catering.
Berbekalkan pengalaman lebih sedekad, Anjung Serai Catering kini mampu menyediakan khidmat pelbagai majlis hingga 5,000 jemputan. Dari majlis rasmi ke majlis santai, samada di dalam dewan atau konsep gerai di laman, Hari Sukan atau Hari Keluarga, berkelah atau beradat, Anjung Serai Catering sedia menyempurnakan majlis anda.
Anjung Serai Catering kini berpusat di Cheras, Selangor.
WAWASAN
Menjadi pakar penyediaan makanan, perkhidmatan dan runding cara majlis yang beretika, berdaya saing, profesional dan berlandaskan prinsip-prinsip Islam, sekaligus menjadi pemimpin pasaran dalam industri katering.
MISI
* Memenuhi, menasihati dan memberi khidmat katering serta runding cara majlis yang terbaik kepada pelanggan
* Sentiasa prihatin terhadap kebajikan pekerja melalui hubungan baik antara pekerja dan majikan, skim-skim istimewa yang disediakan, latihan-latihan kemahiran dan penyediaan peralatan yang lengkap dan selamat digunakan
* Mempunyai rangkaian pembekal bahan mentah, makanan dan minuman yang luas, berdaya saing dan cekap untuk memastikan perkhidmatan sentiasa lancar dan baik
* Sentiasa memperbaiki dan menjaga mutu perkhidmatan, dari segi penyediaan makanan yang bersih dan citarasa yang standard, layanan yang cekap dan mahir
* Komited untuk peningkatan mutu perkhidmatan yang berterusan
2 responses to "Profile Company"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalam. ambil pkerja partime x? sy dan rakan2 bminat.
Salam
I just got back from a wedding @ Taman Mawar, Pucong today. Food was catered by Anjung Serai. Food was excellent,except the ayam goreng was a bit hard (overcooked maybe).
Other than that, the service was excelent.
Mrs Nita Zakaria-Rhine